KENANGAN TAHUN 2011
![]() |
| masa nie aku ngan kawan2 aku duk register subjek dkat SOM |
![]() |
| bersama geng klas BM dan cikgu dkat KFC sg. dua hehe.. |
![]() |
| masa nie dkat UITM merbok nak rasmi event apa ntah hehe.. (hangit dah rupaku) |
2011 bakal melabuhkan tirainya, banyak kenangan pahit dan manis yang tidak akan aku lupakan, biarlah ia berlalu pergi dan menjadi sejarah kehidupan untuk diriku. Pada tahun ini juga, harapan aku dari kecil untuk sambung belajar di peringkat universiti kini menjadi kenyataan dan alhamdulillah syukur pada pada Allah swt kerana memakbulkan doa aku untuk memasuki Universiti Sains Malaysia (USM)...p/s : bukan senang nak masuk USM nie APEX la katakan. Bila aku dah menjadi sebahagian mahasiswa di sini, baru aku taw macam mana susah payah menjalani kehidupan sebenar huh!! penat wei cari lecturer sana sini...
Selain tu, aku nak ucap terima kasih kepada si dia nie sebab banyak tolong aku dalam bab study nie bagi aku mmg rasa susah nak terima tapi nak buat mcm mana demi segulung ijazah dan masa depan aku terpaksa telan jugak segala cabaran dan dugaan. Dia mmg orang yg terbaik yang pernah aku jumpa, walau dia susah mcm mana pun dalam study dia tetap tolong aku yang slow nie, dia jugak sebagai tempat luahan hati dan masalah aku dan sebagai tempat hiburan hati aku untuk melupakan perkara yang sedih yang menimpa ku.
kalau nak diceritakan pasal bab2 sedih niemmg bnyk yang berlaku dkt aku, mmg nak cerita tapi biar tuhan sahaja yang tahu aku pun xmau la nak cari gaduh atau menaruh simpati, aku bukan jenis mcm tu..apapun aku nak ucapkan say Goodbye 2011 & Welcome 2012 dengan kehadiran tahun baru ini aku akan menjadi lebih matang dan positif dari segi pemikiran, kelakuan dan lain2 lagi....segala cerita biar ia terpahat dihati ku..
Assalamualaikum... :) Selamat Tahun Baru 2012



